Posts

CERAMAH KERJAYA

Image
Pembelajaran di sekolah harus dipandu agar pelajar dapat memberikan perhatian kepada minat dan kecenderungan mereka. Ini diharapkan akan dapat membantu mereka membuat pilihan kerjaya yang baik bermula dari perancangan menyambung pelajaran atau tindakan yang patut di ambil selepas peperiksaan utama.
Secara tidak langsung, ceramah selama 2 jam ini juga akan membincangkan isu-isu terkini mengenai dunia kerjaya dan apakah yang menjadi keperluan dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

CERAMAH PENGURUSAN TEKANAN PEPERIKSAAN

Image
Tekanan peperiksaan merupakan satu keadaan di mana pelajar berasa cemas dan gemuruh apabila hampir dengan peperiksaan khususnya peperiksaan utama seperti UPSR, PSRA, PT3, SPM atau STPM. Tekanan peperiksaan boleh disebabkan oleh persaingan rakan, harapan ibu bapa, kemahuan kecemerlangan sekolah dan pelbagai lagi mencakupi isu diri peribadi dan persekitaran pelajar.
Maka, ceramah selama 2 jam ini akan cuba membantu pelajar mengenalpasti tekanan yang mereka hadapai dan akan dikongsikan tips bagaimana untuk mengatasi masalah tekanan peperiksaan yang mungkin boleh menyebabkan kesan buruk terhadap calon peperiksaan khususnya apabila semakin hampir dengan hari peperiksaan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

CERAMAH TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN

Image
Pengalaman kami dalam membimbing bengkel-bengkel serta ceramah-ceramah kemahiran belajar dan teknik belajar membawa kepada perhatian betapa pentingnya untuk membantu pelajar untuk benar-benar dapat menguasai pembelajaran mereka dengan berkesan. Melaui pengamatan kami, akan dikongsikan di dalam sesi ceramah selama 2 jam ini mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan yang mana ia akan memberikan kesan khusus kepada deria utama manusia dalam pembelajaran mereka.
Ini sekaligus akan membantu pelajar memahami apakah deria yang perlu diberikan tumpuan serta bagaimana ia perlu dilaksanakan agar belajar berkumpulan itu meninggalkan kesan dalam pembelajaran. Beberapa teknik belajar juga akan diperkenalkan berdasarkan keperluan teknik belajar berkumpulan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

CERAMAH STRATEGI KECEMERLANGAN

Image
Kecemerlangan perlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Ia bukan sesuatu yang hanya diperolehi kerana berusaha tanpa sasaran akhir yang jelas. Maka untuk merancang, para pelajar harus mengetahui siapa diri mereka, bagaimana membina matlamat sebenar diri serta yang paling utama adalama bagaimana untuk fokus sehingga mencapai kejayaan.
Semua ini terkandung di dalam satu sesi ceramah 2 jam ini. Bantu anak didik kita untuk merancang kejayaan masa hadapan mereka bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan sahaja. Kecemerlangan yang kita cari bukan hanya pada markah peperiksaan tetapi bagaimana kehidupan yang bakal mereka depani kelak.
*Tertakluk terma dan syarat.

CERAMAH BERSIRI PT3 & SPM 2018

Image
Ceramah Bersiri Untuk Calon SPM dan PT3 adalah satu lagi produk ceramah yang kami susunkan agar pihak sekolah dapat bersama memberikan peluang kepada pelajar untuk mengetahui kekuatan diri serta menyusun strategi untuk membina kecemerlangan mereka di dalam peperiksaan. Sengaja kami dahului siri ini dengan slot STRATEGI KECEMERLANGAN. Ia dengan harapan dapat membantu peserta meletakkan sasaran sebenar dalam usaha pembelajaran mereka. Namun, kami tidak susuli slot ini dengan slot kemahiran belajar yang lain seperti Teknik Peta Minda, Teknik Peta IThink mahupun Mengambil Nota yang lain kerana kami percaya kepada TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN yang mana secara pengalaman kami ia amat berkesan sekali.
Setiap sesi adalah selama 2 jam bersama beberapa lagi slot iaitu PENGURUSAN MASA, PECUTAN AKHIR dan PENGURUSAN TEKANAN PEPERIKSAAN. Laksana lima slot ini maka slot percuma kami sediakan dengan KERJAYA untuk pelajar selepas peperiksaan. Hubungi kami sekarang!
*Tertakluk terma dan syarat.

CERAMAH SELANGKAH KE ALAM REMAJA

Image
Apakah persiapan anak murid kita untuk mereka masuk ke sekolah menengah? Apakah mereka sudah benar faham cabaran remaja yang akan mereka hadapi?
Bantu mereka untuk membina sikap abstinen khususnya dalam mendepani cabaran zaman yang semakin mencabar. Kami akan kongsikan pengalaman serta perbezaan dan sekaligus mempersiapkan minda mereka untuk menghadapi cabaran keremajaan khususnya dikalangan rakan-rakan mereka di sekolah. Modul ini amat sesuai untuk mereka yang telah melepasi usia 12 tahun hingga 14 tahun. Hubungi kami sekarang!
*Tertakluk terma dan syarat.

CERAMAH PECUTAN AKHIR

Image
Slot ini amat sesuai dianjurkan dalam tempoh sebulan sebelum peperiksaan sebenar berlangsung. Iasa merupakan satu usaha untuk mengekalkan momentum serta menambah keyakinan pelajar melalui teknik pembelajaran yang bersesuaian dalam tempoh yang kebanyakan mereka akan berasa tertekan. Sesi selama 2 jam ini akan dapat membantu mereka mengharungi persiapan di saat akhir sebelum peperiksaan.
Sesi akan berlangsung selama 2 jam. Hubungi kami sekarang untuk tempahan!
*Tertakluk kepada terma dan syarat.