BENGKEL ASAS FASILITATOR UNTUK PRS SEKOLAH

PENGENALAN

Semua maklum bahawa PRS Sekolah merupakan kelompok Pembimbing Rakan Sebaya. Tugasan mereka Nampak mudah tetapi kerap kali mereka kurang berkesan dalam usaha membina pengaruh mereka di kalangan rakan-rakan mereka? Mengapa? Ada sebahagian berpendapat adalah kerana masalah personality ahli-ahli PRS itu sendiri yang tidak begitu meyakinkan sehinggakan mereka tidak dilihat sebagai ejen yang boleh membantu meningkatkan potensi dan keupayaan rakan-rakan lain. Bahkan, ada yang lebih menyedihkan apabila sebahagian dari guru-guru di sekolah hanya menganggap PRS ini sebagai satu jawatan kepimpinan yang diberikan tugas-tugas khusus untuk membantu guru dan di dalam aspek ini, mereka akan membantu guru bimbingan dan kaunseling. Ini dibuktikan apabila terdapat sebahagian sekolah yang memilih ahli PRS ini di kalangan mereka yang berlum berjawatan dan tidak mahu pelajar memiliki lebih dari satu jawatan.

Secara umumnya, ini adalah suatu penjelasan yang tidak tepat. Bahkan peranan dan fungsi PRS yang terkenal dengan motto ‘bantu diri sendiri untuk bantu orang lain’ tidak dapat diketengahkan. Ini kerana, mereka hanya tertakluk tugasan yang diberikan untuk waktu dan ketika tertentu sedangkan peranan mereka lebih dari itu. Maka, di sini, timbul pula beberapa pandangan lain bahawa, para pelajar khususnya PRS tidak akan mampu untuk membawa perubahan kepada rakan-rakan mereka sendiri kerana mereka kurang kemahiran dan masih samar dalam pembelajaran mereka sendiri. Oleh yang demikian, atas kesedaran dan inisiatif ini, IQ Class Management memperkenalkan Bengkel Asas Fasilitator Untuk PRS Sekolah sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.

Pengalaman kami membantu beberapa buah sekolah menghasilkan kesan yang positif apabila peranan mereka dimanfaatkan oleh para guru bimbingan kaunseling dalam program memperkenalkan sekolah menengah kepada pelajar tahun 6 yang bakal memasuki alam persekolahan. Bahkan, pada pandangan kami, peranan PRS ini juga boleh dimanfaatkan dalam program-program orientasi di sekolah bagi membantu membina budaya dan asas baik di dalam sekolah.


SASARAN

Ahli Pembimbing Rakan Sebaya di peringkat sekolah menengah.


OBJEKTIF

Selepas mengikuti bengkel ini, peserta akan dapat;
  • Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang PRS;
  • Menambah kemahiran diri;
  • Menyiapkan diri untuk berperanan dengan lebih baik serta;
  • Membina rangka hala tuju peribadi sebagai ahli PRS.


BUTIRAN PELAKSANAAN

JANGKA MASA DAN HARI PELAKSANAAN
1 hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dalam mana-mana hari (hari persekolahan lebih digalakkan)

TEMPAT PELAKSANAANIa boleh dilaksanakan di dalam kawasan persekolahan atau mana-mana tempat yang dicadangkan dan dirasakan sesuai.

TENAGA PENGAJAR
Kamarul Azami bin Mohd Zaini, Jurulatih Fasilitator IQ Class Management dan berpengalaman sebagai seorang fasilitator selama lebih dari 20 tahun (sejak dari bangku sekolah). Beliau juga akan dibantu oleh Facilitating and Development Team (FaDélaT) yang merupakan kumpulan fasilitator yang beliau bentuk dan latih bersama rakan-rakan beliau di dalam IQ Class Management.


KOS PELAKSANAAN

Sila hubungi pegawai kami untuk maklumat lanjut dan sebut harga.


JADUAL BENGKEL

Masa   Aktiviti
0800   Sesi dimulakan oleh guru. Penyerahan bengkel kepada pihak IQ Class Management
0815   Sesi 1: Siapa Fasilitator?
1015   Minum pagi
1045   Sesi 2: ABCDE Mengenai Fasilitator
1245   Makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah
1415   Sesi 3: Fasilitator & PRS Sekolah
1615   Majlis Penutup dan minum petang
1700   Bersurai


PENGISIAN BENGKEL

SESI 1 – SIAPA FASILITATOR?
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Memahami apa itu fasilitator;
  • Membina matlamat diri sebagai fasilitator serta;
  • Meningkatkan motivasi diri untuk menjadi seorang fasilitator.

SESI 2 – ABCDE TENTANG FASILITATOR
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengetahui asas-asas menjadi fasilitator;
  • Mempelajari budaya, ciri-ciri, disiplin serta etika fasilitator serta;
  • Mendapat pengalaman melalui perkongsian bersama penceramah.

SESI 3 – FASILITATOR & PRS SEKOLAH
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Menilai peranan diri mereka sebagai PRS;
  • Memperbaiki diri mereka dalam menampilkan diri sebagai PRS serta;
  • Mengetahui bagaimana PRS Sekolah dapat berperanan sebagai fasilitator di sekolah.


HARAPAN
Kami amat berharap, dengan latihan yang sebegini akan mampu membantu untuk menaiktaraf peranan PRS di sekolah. Mereka juga akan dilihat sebagai pelajar yang memiliki emosi yang stabil, boleh menonjolkannya bahkan boleh berkongsi dengan rakan-rakan mereka yang lain dengan supaya mereka boleh menjadi ejen sebenar merubah perkara yang buruk di sekolah menjadi lebih baik dan lebih positif. Kami amat percaya jika peranan ini diberikan, mereka pasti akan menjadi pelajar yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh sekolah.


SUSULAN
Pembinaan seorang fasilitator berkesan perlu melalui beberapa bentuk latihan susulan seperti berikut:
  • Bengkel Asas Komunikasi & LDK
  • Bengkel Ketua Fasilitator

Popular posts from this blog

TAWARAN CERAMAH MOTIVASI BULANAN SEKOLAH RENDAH