KEM KEPIMPINAN MUDA (KeMuda) 2 HARI 1 MALAM

PENGENALAN

Kem Kepimpinan Muda atau Kem KeMuda mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini melalui siri latihan kepimpinan IQ Class Management bermula dengan Kem Asas Kepimpinan Muda (KeMuda A), Kem Kepimpinan Muda Berkesan (KeMuda B) serta yang terakhir adalah Kem Kepimpinan Muda Cemerlang (KeMuda C). Ia merupakan sebuah modul yang dibangunkan atas permintaan siri-siri latihan kepimpinan yang mensasarkan golongan muda atau lebih dikenali sebagai golongan kanak-kanak diperingkat sekolah rendah.

Kepentingan pembinaan modul ini didasari oleh keinginan oleh banyak pihak khususnya dari kalangan pendidik dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah disekitar Lembah Klang. Sehingga hari ini, telah lebih dari 70 siri Kem KeMudA dijalankan disekitar sekolah rendah Lembah Klang. Sambutan yang diberikan oleh pihak pentadbir dan pelaksana kem di sekolah amat memberangsangkan sehinggakan ia menjadi salah satu kem wajib yang dijalankan kepada kelompok kepimpinan pelajar di sekolah mereka.

Kami selaku pembina dan pelaksana modul ini, mengharapkan daripada pelaksana modul latihan sebegini akan dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang apa itu kepimpinan, membina keyakinan diri pelajar yang memimpin di sekolah, menjelaskan tentang tugas dan peranan mereka berdasarkan situasi serta ciri-ciri yang seharusnya dibangunkan dalam diri mereka seawal usia dalam membentuk pemikiran dan gaya penampilan seorang pemimpin.


OBJEKTIF

Selepas mengikuti kem ini peserta akan dapat;
  1. Memahami secara asas makna kepimpinan;
  2. Mempelajari asas kepimpinan muda melalui ciri-ciri B..I.J.A.K;
  3. Meningkatkan keupayaan menjadi kepimpinan muda berkesan dengan mengamalkan teori P.K.T;
B.I.J.A.K ialah;
  • Berani – berani kerana benar dan berani untuk mengakui kesalahan.
  • Ikhlas – ikhlas dalam melaksana tugas tanpa mengharap balasan;
  • Jauhi Kesalahan – elakkan diri dari terlibat dalam sebarang salah laku disiplin;
  • Ambil Tahu – sentiasa waspada dengan persekitaran sekolah serta;
  • Kemas Diri – mengekalkan kekemasan diri dari awal sehingga tamat waktu persekolahan.
Teori P.K.T ialah;
  • Patuh – mengikuti setiap arahan ketua dengan teliti
  • Ketua – menjadi ketua yang ada kemahiran kawal, elak, tegur, ubah dan ajak.
  • Teladan – setiap pemimpin harus menjadi contoh kepada orang lain.


SASARAN

Siapa? Kepimpinan sekolah rendah yang terdiri daripada ketua kelas dan penolong, pengawas, pengawas perpustakaan dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian.
Berapa Orang? Tertakluk kepada perbincangan (minimum 30 orang dan maksimum 200 orang)


BUTIRAN PELAKSANAAN

Bila? Tertakluk kepada perbincangan.
Di mana? Tertakluk kepada perbincangan.
Berapa lama? 2 hari 1 malam bermula jam 9.00 pagi hari pertama dan tamat jam 2.00 petang hari kedua.
Siapa pelaksana? IQ Class Management bersama Facilitating and Development Team (FaDélaT) yang merupakan pasukan fasilitator terlatih bawah bimbingan IQ Class Management.


JADUAL KEM

HARI PERTAMA

Masa   Aktiviti0900   Pendaftaran peserta dan minum pagi
1000   Taklimat Penginapan
1030   Taklimat Pengenalan KeMuda dan Sesi 1 (Pemecah Bendungan)
1230   Makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah
1400   Sesi 2 (Asas Kepimpinan 1)
1630   Solat Asar berjemaah
1715   Sesi 3 (Pembinaan Kumpulan)
1830   Makan malam dan bersiap diri
1930   Solat Maghrib berjemaah dan tazkirah
2030   Solat Isyak berjemaah
2100   Sesi 3 (Asas Kepimpinan 2)
2230   Minum malam
2300   Sesi 4 (Kepimpinan Berkesan 1)
0030   Tidur

HARI KEDUA

Masa   Aktiviti
0530   Qiamullail
0600   Solat Subuh berjemaah dan senaman
0730   Sarapan pagi dan bersiap diri
0830   Sesi 5 (Kepimpinan Berkesan 2)
1030   Rehat
1145   Sesi 6 – Resolusi
1200   Majlis Perasmian Penutup
1230   Makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah
1400   Bersurai

*Pelajar moral akan disediakan aktiviti khas pada setiap waktu solat
*Waktu solat berubah mengikut semasa


ISI KANDUNGAN KEM

Isi Kandungan Utama

Sesi 1 – Pemecah Bendungan

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengenali rakan-rakan lain dengan lebih baik;
  • Membentuk kumpulan serta;
  • Mengetahui peranan sepanjang program berlangsung.
Bentuk Aktiviti
  • Permainan dan perbincangan dalam kumpulan
Aktiviti
  • Pembahagian Kumpulan
  • Nama Kumpulan

Sesi 2 – Asas Kepimpinan 1

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengetahui bahawa keberanian adalah asas penting sebagai pemimpin muda;
  • Mempelajari keikhlasan dapat dilihat dari hasil kerja yang dilakukan serta;
  • Mengenalpasti kesalahan yang sering dilakukan sebagai seorang pemimpin muda.
Bentuk Aktiviti
  • Pembentangan dan ceramah interaktif
Aktiviti
  • Logo kumpulan.
  • Sorakan kumpulan.
  • Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Sesi 3 – Asas Kepimpinan 2

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengetahui bahawa pemimpin muda harus sentiasa ambil tahu tentang persekitaran serta;
  • Menjadikan kekemasan diri sebagai satu tanda aras kepimpinan diri.
Bentuk Aktiviti
  • Perbincangan dalam kumpulan
Aktiviti
  • Aktiviti Sekolah Ku
  • Pakaian Beragam

Sesi 4 – Kepimpinan Berkesan 1

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengetahui bahawa untuk memimpin, perlu belajar mematuhi pemimpin serta;
  • Mempelajari ciri-ciri patuh kepada pemimpin.
Bentuk Aktiviti
  • Blind Train
Aktiviti
  • Peserta akan bergerak dalam keadaan tertutup mata dan pergerakan mereka hanya akan dibantu dengan bunyi sahaja.

Sesi 5 – Kepimpinan Berkesan 2

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mempelajari ciri-ciri ketua yang baik;
  • Meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi ketua serta;
  • Menjadikan diri contoh kepada rakan-rakan yang lain.
Bentuk Aktiviti
  • Permainan dan perbincagan
Aktiviti
  • Lai Chi Kang
  • Kamil Kata

Sesi 6 - Resolusi

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Membina matlamat kepimpinan muda serta;
  • Menghayati segala pembelajaran di dalam kem ini.
Bentuk Aktiviti
  • Perbincangan dan pembentangan
Aktiviti
  • Sekolah Idaman
  • Ikrar

Isi Kandungan Pelengkap

  • Taklimat Penginapan
  • Taklimat Pengenalan KeMuda
  • Tazkirah – Pemimpin Mesti Berkata Benar


KOS PELAKSANAAN KEM

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut dan sebut harga.


HARAPAN

Kem Kepimpinan Muda merupakan modul yang telah dijalankan dalam tempoh yang panjang dan telah menghasilkan keberkesanan yang baik kepada peserta yang mengikuti kem ini. Kami di IQ Class Management amat yakin kejayaan modul ini dan mengharapkan ia terus diberikan kepercayaan untuk kami menjadi sebahagian daripada tenaga yang menghasilkan generasi kepimpinan akan datang.

Popular posts from this blog

TAWARAN CERAMAH MOTIVASI BULANAN SEKOLAH RENDAH