Posts

Showing posts from May, 2017

CERAMAH MOTIVASI BULANAN UNTUK CALON SPM

Image
Ceramah Motivasi Bulanan bersama IQ Class Management mula diperkenalkan pada tahun 2013. Permulaannya dijalankan di sekolah-sekolah rendah bagi memenuhi beberapa keperluan dan harapan barisan pendidik yang ingin sama-sama melihat momentum motivasi di dalam diri pelajar ini sentiasa ada sepanjang tahun mereka belajar sehinggalah mereka berhadapan dengan peperiksaan mereka.
Idea ini bermula apabila pihak sekolah mula menghadapi krisis kekurangan dana bagi melaksana program motivasi di sekolah. Penganjuran program motivasi selama 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam akan memakan belanja yang besar pada masa yang sama, motivasi dalam diri pelajar hanya akan mampu bertahan dalam tempoh yang singkat. Oleh yang demikian, para guru perlu menjadi ejen bagi mengekalkan momentum mereka sepanjang tahun sehinggalah hari peperiksaan. Oleh kerana pelbagai kekangan dan keterbatasan masa para guru serta rungutan sebahagian mereka yang bersungguh-sungguh ingin melihat anak diri mereka Berjaya, maka kami…

BENGKEL MOTIVASI PENGURUSAN MASA; Be-Motiv 2

Image
Be-Motiv 2
Be-Motiv 2 atau Bengkel Motivasi Pengurusan Masa merupakan antara modul terawal yang dibangunkan oleh IQ Class Management yang berasaskan kepada 2 modul ceramah iaitu Ceramah Motivasi Cinta dan Ceramah Pengurusan Masa. Bengkel ini amat sesuai dijalankan di awal tahun  persekolahan bagi memastikan pelajar diberikan fokus yang baik dan sesuai serta membuat lonjakan awal yang berkesan.
Modul ini dibangunkan dengan elemen motivasi dan muhasabah yang pastinya akan mampu menyentuh hati peserta dan memberikan mereka peringatan kepada beberapa perkara yang akan menghalang mereka dari mencapai kejayaan serta disusuli dengan perbincangan mengenai kepentingan mengurus masa serta bagaimana untuk menguruskan masa mereka dengan berkesan melalui pendedahan konsep M.A.S.A itu sendiri.
Beberapa siri Be-Motiv telah kami bangunkan dan antara lainnya adalah; Be-Motiv 1 - Bengkel Motivasi Belajar Cara Belajar BerkesanBe-Motiv 3 – Bengkel Motivasi Pengurusan Tekanan PeperiksaanBe-Motiv 4 - Bengke…

BENGKEL MOTIVASI BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN; Be-Motiv 1

Image
Be-Motiv 1
Be-Motiv 1 atau Bengkel Motivasi Belajar Cara Belajar Berkesan merupakan antara modul terawal yang dibangunkan oleh IQ Class Management yang berasaskan kepada 2 modul ceramah iaitu Ceramah Motivasi Cinta dan Ceramah Belajar Cara Belajar Berkesan. Bengkel ini amat sesuai dijalankan diawal tahun persekolahan bagi memastikan pelajar khususnya calon UPSR diberikan fokus yang baik dan sesuai serta membuat lonjakan awal yang berkesan.
Modul ini dibangunkan dengan elemen motivasi dan muhasabah yang pastinya akan mampu menyentuh hati peserta dan memberikan mereka peringatan kepada beberapa perkara yang akan menghalang mereka dari mencapai kejayaan serta disusuli dengan perbincangan mengenai beberapa teknik yang boleh pelajar gunakan bagi memastikan pembelajaran mereka berkesan.
Beberapa siri Be-Motiv telah kami bangunkan dan Be Motiv 1 atau Bengkel Motivasi Belajar Cara Belajar Berkesan merupakan salah satu dari beberapa siri-siri yang lain iaitu; Be-Motiv 2 - Bengkel Motivasi Pengu…

BENGKEL MOTIVASI TERBARU

Image
Be-Motiv
Bengkel Motivasi atau Be-Motiv merupakan modul terawal yang dibangunkan oleh IQ Class Management yang berasaskan kepada beberapa siri modul ceramah iaitu Motivasi Cinta, Belajar Cara Belajar Berkesan, Pengurusan Masa, Pengurusan Tekanan Peperiksaan dan Pecutan Akhir. Bengkel ini amat sesuai dijalankan bermula dari awal tahun persekolahan sehinggalah diambang peperiksaan bagi memastikan pelajar diberikan matlamat yang jelas serta konsisten dalam usaha meraih kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR mereka.
Modul ini dibangunkan dengan adunan elemen motivasi, muhasabah serta teknik berdasarkan keperluan semasa pelajar yang pastinya akan dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri serta membuat beberapa persiapan mental bagi menghadapi peperiksaan dengan cara yang jauh lebih positif dan bersemangat.
Beberapa siri Be-Motiv telah kami bangunkan agar ia dapat menjadi pilihan para guru mengikut kesesuaian pelajar-pelajar mereka. Siri-siri tersebut adalah;
Be-Motiv 1 - Bengkel Motivas…