BENGKEL MOTIVASI PENGURUSAN MASA; Be-Motiv 2

Be-Motiv 2

Be-Motiv 2 atau Bengkel Motivasi Pengurusan Masa merupakan antara modul terawal yang dibangunkan oleh IQ Class Management yang berasaskan kepada 2 modul ceramah iaitu Ceramah Motivasi Cinta dan Ceramah Pengurusan Masa. Bengkel ini amat sesuai dijalankan di awal tahun  persekolahan bagi memastikan pelajar diberikan fokus yang baik dan sesuai serta membuat lonjakan awal yang berkesan.

Modul ini dibangunkan dengan elemen motivasi dan muhasabah yang pastinya akan mampu menyentuh hati peserta dan memberikan mereka peringatan kepada beberapa perkara yang akan menghalang mereka dari mencapai kejayaan serta disusuli dengan perbincangan mengenai kepentingan mengurus masa serta bagaimana untuk menguruskan masa mereka dengan berkesan melalui pendedahan konsep M.A.S.A itu sendiri.

Beberapa siri Be-Motiv telah kami bangunkan dan antara lainnya adalah;
  • Be-Motiv 1 - Bengkel Motivasi Belajar Cara Belajar Berkesan
  • Be-Motiv 3 – Bengkel Motivasi Pengurusan Tekanan Peperiksaan
  • Be-Motiv 4 - Bengkel Motivasi Pecutan Akhir 


Objektif utama pelaksanaan Be-Motiv 2 adalah untuk memastikan para calon UPSR ini dapat;
  • Membina matlamat kecemerlangan melalui 4 cinta yang dibincangkan;
  • Meningkatkan motivasi diri;
  • Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan masa serta;
  • Mempelajari cara-cara menguruskan masa dengan berkesan.


Sekiranya anda berminat untuk menganjurkannya di sekolah anak anda atau sekolah mahupun di pusat tuisyen, segera hubungi pegawai kami untuk mendapatkan kertas kerja penuh dan maklumat lanjut.

Popular posts from this blog

TAWARAN CERAMAH MOTIVASI BULANAN SEKOLAH RENDAH