BENGKEL MOTIVASI TERBARU

Be-Motiv

Bengkel Motivasi atau Be-Motiv merupakan modul terawal yang dibangunkan oleh IQ Class Management yang berasaskan kepada beberapa siri modul ceramah iaitu Motivasi Cinta, Belajar Cara Belajar Berkesan, Pengurusan Masa, Pengurusan Tekanan Peperiksaan dan Pecutan Akhir. Bengkel ini amat sesuai dijalankan bermula dari awal tahun persekolahan sehinggalah diambang peperiksaan bagi memastikan pelajar diberikan matlamat yang jelas serta konsisten dalam usaha meraih kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR mereka.

Modul ini dibangunkan dengan adunan elemen motivasi, muhasabah serta teknik berdasarkan keperluan semasa pelajar yang pastinya akan dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri serta membuat beberapa persiapan mental bagi menghadapi peperiksaan dengan cara yang jauh lebih positif dan bersemangat.

Beberapa siri Be-Motiv telah kami bangunkan agar ia dapat menjadi pilihan para guru mengikut kesesuaian pelajar-pelajar mereka. Siri-siri tersebut adalah;

  1. Be-Motiv 1 - Bengkel Motivasi Belajar Cara Belajar Berkesan
  2. Be-Motiv 2 - Bengkel Motivasi Pengurusan Masa
  3. Be-Motiv 3 – Bengkel Motivasi Pengurusan Tekanan Peperiksaan
  4. Be-Motiv 4 - Bengkel Motivasi Pecutan Akhir


Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami segera bagi mendapatkan kertas kerja cadangan penuh serta sebutharga pelaksanaan modul ini di sekolah anda.

Popular posts from this blog

TAWARAN CERAMAH MOTIVASI BULANAN SEKOLAH RENDAH