CERAMAH MOTIVASI BULANAN UNTUK CALON SPM

Ceramah Motivasi Bulanan bersama IQ Class Management mula diperkenalkan pada tahun 2013. Permulaannya dijalankan di sekolah-sekolah rendah bagi memenuhi beberapa keperluan dan harapan barisan pendidik yang ingin sama-sama melihat momentum motivasi di dalam diri pelajar ini sentiasa ada sepanjang tahun mereka belajar sehinggalah mereka berhadapan dengan peperiksaan mereka.

Idea ini bermula apabila pihak sekolah mula menghadapi krisis kekurangan dana bagi melaksana program motivasi di sekolah. Penganjuran program motivasi selama 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam akan memakan belanja yang besar pada masa yang sama, motivasi dalam diri pelajar hanya akan mampu bertahan dalam tempoh yang singkat. Oleh yang demikian, para guru perlu menjadi ejen bagi mengekalkan momentum mereka sepanjang tahun sehinggalah hari peperiksaan. Oleh kerana pelbagai kekangan dan keterbatasan masa para guru serta rungutan sebahagian mereka yang bersungguh-sungguh ingin melihat anak diri mereka Berjaya, maka kami mengambil inisiatif mencadangkan idea ini untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah yang berminat.

Tidak dapat dinafikan, modul Ceramah Motivasi Bulanan ini hanyalah satu pertemuan singkat, namun kami percaya, dengan suntikan dalam waktu yang singkat ini akan dapat membantu pihak sekolah untuk mengekalkan rentak kecemerlangan pelajar sehingga hari peperiksaan mereka.

2017

Ceramah Motivasi Bulanan SPM 2017 menawarkan 5 siri ceramah bulanan merangkumi motivasi belajar, muhasabah, teknik belajar, pengurusan masa dan pengurusan tekanan bagi menghadapi peperiksaan. Penceramah kami merupakan kumpulan fasilitator yang menekankan pendekatan aktiviti dalam pembelajaran. Ini menjadikan ceramah bulanan ini bukan sekadar perkongsian bahkan proses mengumpul pengalaman dan pengajaran melalui beberapa aktiviti yang disediakan bersesuaian dengan ceramah yang disampaikan.

Ceramah Motivasi Bulanan 2017 akan berlangsung selama 2 jam dalam setiap siri pertemuan dan di dalamnya, pelajar akan dapat melalui proses untuk meningkatkan motivasi, mengekalkan momentum motivasi seterusnya merealisasikan motivasi itu kepada kenyataan.

Ceramah ini mensasarkan calon SPM tahun 2017 dengan bilangan maksimum seramai 150 orang bagi satu sesi ceramah bertujuan untuk;
  • Membantu pihak sekolah untuk mengekalkan momentum pelajar bagi menghadapi peperiksaan;
  • Meningkatkan motivasi diri pelajar secara berperingkat;
  • Mengukuhkan keyakinan diri pelajar secara berterusan;
  • Membantu pihak sekolah menganjurkan aktiviti motivasi pelajar secara konsisten sepanjang tahun serta;
  • Memberikan pendedahan kemahiran yang tidak diperolehi pelajar di dalam kelas sepanjang persekolahan.


Tajuk-tajuk ceramah yang disediakan adalah seperti berikut;
  • Strategi Kecemerlangan - Pelajar akan membincangkan mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sebagai pelajar di dalam tahun peperiksaan. Sekaligus, pelajar akan diingatkan mengenai kepentingan matlamat dalam memastikan kecemerlangan itu dicapai. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa kemahiran belajar berdasarkan kajian umum VAK dengan mengenalpasti kecenderungan pembelajaran pelajar serta perkongsian dalam memilih teknik belajar yang berkesan.

  • Sikap Insan Cemerlang - Pelajar akan diberikan peringatan dan muhasabah melalui perbincangan Motivasi Cinta yang merangkumi perbincangan mengenai keutamaan kecemerlangan, peranan rakan, guru malah ibu bapa mereka. Seterusnya sesi ini membincangkan sikap pelajar yang cemerlang dan disusuli dengan perbincangan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga, sekolah dan masyarakat. 

  • Pengurusan Masa Berkesan - Sesi ini akan dimulakan dengan permainan bagi memberikan gambaran mengenai masa dalam kehidupan manusia. Pelajar akan membincangkan mengenai bagaimana masa diuruskan dan apa yang berlaku apabila terlalai dengannya. Memahami kepentingan masa adalah suatu keperluan dalam merencana kecemerlangan hidup sama ada di dunia mahupun akhirat.

  • Fokus Minda Terhadap Kecemerlangan - Pelajar akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan cita-cita di mana kesedaran utama dalam merencana cita-cita adalah cabaran yang perlu mereka tempuhi dalam mencapai cita-cita. Memahami faktor-faktor yang mampu menggasak fokus kecemerlangan di dalam minda mereka dan bagaimana ia dapat dikembalikan dan meningkatkan lagi tahap fokus terhadap apa yang diinginkan itu semula. 

  • Pengurusan Tekanan Peperiksaan - Pelajar akan didedahkan mengenai tekanan peperiksaan dan bagaimana untuk mengatasinya. Mereka juga akan membincangkan bagaimana cara yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan serta teknik-teknik yang sesuai untuk melakukan ulangkaji secara berkesan dalam tempoh masa yang lebih singkat.


Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami segera.

Popular posts from this blog

TAWARAN CERAMAH MOTIVASI BULANAN SEKOLAH RENDAH