CERAMAH SELANGKAH KE ALAM REMAJA


Tajuk ini menekankan tentang perubahan diri dari alam kanak-kanak sehingga remaja beserta dengan perubahan-perubahan yang berlaku sebagai peringatan kepada bahaya yang tersedia untuk mereka apabila umur menginjak ke alam remaja. Cabaran dipersekitaran akan sentiasa ada dan ini memerlukan kerjasama erat diri mereka bersama orang yang paling mereka patut kasihi dan percayai iaitu ibu bapa mereka. Kebebasan pergaulan dengan tiada kawalan serta tidak tahu bahaya akan mengundang kesan yang buruk untuk diri.

Remaja adalah pintu kepada kedewasaan. Apabila mereka tersalah memilih pintu, pasti mereka akan melangkah ke alam dewasa dalam keadaan serba salah serta berada di tempat yang pasti tidak mereka ingini.

Jangka masa: 2 jam per sesi
Pendekatan: Ceramah interaktif
Sasaran: Murid sekolah kebangsaan dan pelajar diawal sekolah menengah
Harga per sesi: RM300.00 sahaja (Kuala Lumpur / Selangor) *caj tambahan untuk pengangkutan dan penginapan bagi jemputan di luar Kuala Lumpur dan Selangor

Popular posts from this blog

SINOPSIS CERAMAH SELANGKAH KE ALAM REMAJA

CERAMAH MOTIVASI CINTA

CERAMAH STRATEGI KECEMERLANGAN