Posts

Showing posts from March, 2018

CERAMAH KERJAYA

Image
Pembelajaran di sekolah harus dipandu agar pelajar dapat memberikan perhatian kepada minat dan kecenderungan mereka. Ini diharapkan akan dapat membantu mereka membuat pilihan kerjaya yang baik bermula dari perancangan menyambung pelajaran atau tindakan yang patut di ambil selepas peperiksaan utama.
Secara tidak langsung, ceramah selama 2 jam ini juga akan membincangkan isu-isu terkini mengenai dunia kerjaya dan apakah yang menjadi keperluan dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

CERAMAH PENGURUSAN TEKANAN PEPERIKSAAN

Image
Tekanan peperiksaan merupakan satu keadaan di mana pelajar berasa cemas dan gemuruh apabila hampir dengan peperiksaan khususnya peperiksaan utama seperti UPSR, PSRA, PT3, SPM atau STPM. Tekanan peperiksaan boleh disebabkan oleh persaingan rakan, harapan ibu bapa, kemahuan kecemerlangan sekolah dan pelbagai lagi mencakupi isu diri peribadi dan persekitaran pelajar.
Maka, ceramah selama 2 jam ini akan cuba membantu pelajar mengenalpasti tekanan yang mereka hadapai dan akan dikongsikan tips bagaimana untuk mengatasi masalah tekanan peperiksaan yang mungkin boleh menyebabkan kesan buruk terhadap calon peperiksaan khususnya apabila semakin hampir dengan hari peperiksaan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

CERAMAH TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN

Image
Pengalaman kami dalam membimbing bengkel-bengkel serta ceramah-ceramah kemahiran belajar dan teknik belajar membawa kepada perhatian betapa pentingnya untuk membantu pelajar untuk benar-benar dapat menguasai pembelajaran mereka dengan berkesan. Melaui pengamatan kami, akan dikongsikan di dalam sesi ceramah selama 2 jam ini mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan yang mana ia akan memberikan kesan khusus kepada deria utama manusia dalam pembelajaran mereka.
Ini sekaligus akan membantu pelajar memahami apakah deria yang perlu diberikan tumpuan serta bagaimana ia perlu dilaksanakan agar belajar berkumpulan itu meninggalkan kesan dalam pembelajaran. Beberapa teknik belajar juga akan diperkenalkan berdasarkan keperluan teknik belajar berkumpulan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

CERAMAH STRATEGI KECEMERLANGAN

Image
Kecemerlangan perlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Ia bukan sesuatu yang hanya diperolehi kerana berusaha tanpa sasaran akhir yang jelas. Maka untuk merancang, para pelajar harus mengetahui siapa diri mereka, bagaimana membina matlamat sebenar diri serta yang paling utama adalama bagaimana untuk fokus sehingga mencapai kejayaan.
Semua ini terkandung di dalam satu sesi ceramah 2 jam ini. Bantu anak didik kita untuk merancang kejayaan masa hadapan mereka bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan sahaja. Kecemerlangan yang kita cari bukan hanya pada markah peperiksaan tetapi bagaimana kehidupan yang bakal mereka depani kelak.
*Tertakluk terma dan syarat.