Posts

Showing posts from February, 2017

KEPIMPINAN MUDA

PENGENALAN
Kem Kepimpinan Muda atau KeMuda mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini melalui siri latihan kepimpinan IQ Class Management bermula dengan Kem Asas Kepimpinan Muda (KeMuda A), Kem Kepimpinan Muda Berkesan (KeMuda B) serta yang terakhir adalah Kem Kepimpinan Muda Cemerlang (KeMuda C). Ia merupakan sebuah modul yang dibangunkan atas permintaan siri-siri latihan kepimpinan yang mensasarkan golongan muda atau lebih dikenali sebagai golongan kanak-kanak diperingkat sekolah rendah.

Kepentingan pembinaan modul ini didasari oleh keinginan oleh banyak pihak khususnya dari kalangan pendidik dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah disekitar Lembah Klang. Sehingga hari ini, telah lebih dari 70 siri Kem KeMudA dijalankan disekitar sekolah rendah Lembah Klang. Sambutan yang diberikan oleh pihak pentadbir dan pelaksana kem di sekolah amat memberangsangkan sehinggakan ia menjadi salah satu …

ASAS FASILITATOR

PENGENALAN
Fasilitator merupakan pemudah cara. Mereka berperanan dalam mengendalikan bengkel atau kursus. Bahkan, bengkel ini akan memberikan penjelasan bagaimana seorang fasilitator juga boleh berperanan diluar dari batas waktu bengkel atau kursus. Fasilitator bukan hanya peranan, bahkan ia merupakan satu kewajipan yang berasaskan kepada kemahuan dan minat terhadap kemahiran ini. Bengkel ini akan mengupas 5 elemen utama dalam pembelajaran sebagai fasilitator merangkumi akhlak, budaya, ciri-ciri, disiplin dan etika fasilitator.

OBJEKTIF
Selepas mengikuti bengkel ini, peserta akan dapat;

Meningkatkan keyakinan diri;Menambah kemahiran diri;Menyiapkan diri untuk berperanan dengan lebih baik serta;Membina rangka hala tuju peribadi sebagai fasilitator.

SASARAN

Pelajar sekolah menengahMahasiswa institut pengajian tinggiKakitangan jabatan atau syarikat swasta

JANGKA MASA PELAKSANAAN
Bengkel ini akan berlangsung selama 9 jam bermula dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan waktu rehat selama 1 jam …