BENGKEL MOTIVASI BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN

PENGENALAN
Bengkel Motivasi & Belajar Cara Belajar Berkesan atau Be-Motiv BC2B memberikan fokus kepada motivasi diri serta membincangkan mengenai cara belajar yang berkesan buat pelajar. Ia dimulakan dengan sesi muhasabah, mengetahui secara umum teknik mengambil nota bermula dengan kepentingan menguasai kemahiran yang berkaitan dengannya.

Sesi muhasabah akan memberikan ruang kepada peserta untuk menyediakan diri mereka bagi membina kecemerlangan melalui tips cinta dan menyediakan satu mekanisme memulihkan semangat di kala mereka terasa keletihan atau kemasalan.

Seterusnya peserta akan mendapat pendedahan contoh teknik penyediaan nota-nota yang menarik dan berkesan sebagai salah satu kemahiran yang penting dalam penguasaan 3R iaitu read, record dan repeat.


OBJEKTIF
Selepas mengikuti bengkel ini peserta akan dapat;

  1. Meningkatkan motivasi diri terhadap pembelajaran serta;
  2. Mengetahui kepentingan belajar berkesan.

BUTIRAN PELAKSANAAN

Sasaran
Maksimum 150 orang murid di sekolah kebangsaan.

Tarikh
Tertakluk kepada perbincangan

Jangka Masa
  • Setengah hari (8.00 pagi hingga 1.00 petang)
  • Sehari (8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Tempat
Tertakluk kepada perbincangan.

Penganjur
Mana-mana individu atau institusi yang berminat

Pelaksana
IQ Class Management bersama Facilitating and Development Team (FaDélaT) yang merupakan pasukan fasilitator terlatih bawah bimbingan IQ Class Management.


HARAPAN
Be-Motiv BC2B merupakan modul yang telah diperkenalkan sejak tahun 2008 dan dijalankan berdasarkan pengalaman kami membangun dan melaksana Modul Hijrah Lembaga Zakat Selangor. Kami di IQ Class Management amat yakin kejayaan modul ini dan mengharapkan ia terus diberikan kepercayaan untuk kami menjadi sebahagian daripada tenaga yang menghasilkan generasi cemerlang akan datang.


KOS PELAKSANAAN
  • RM600.00 untuk setengah hari
  • RM800.00 untuk sehari
  • Maksimum 150 orang murid sahaja
  • Harga yang ditawarkan hanya untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja

Popular posts from this blog

SINOPSIS CERAMAH SELANGKAH KE ALAM REMAJA

CERAMAH MOTIVASI CINTA

CERAMAH STRATEGI KECEMERLANGAN